Doktor Dijangkiti Covid-19, Meninggal Dunia Lepas Cuba Rawat Diri Sendiri
Seorang doktor di Tashkent meninggal dunia semalam selepas tidak berjaya merawat dirinya yang terkena jangkitan Covid-19 setelah dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.Menurut kementerian penjagaan kesihatan Uzbekistan, doktor berusia 39 tahun itu dijangkiti daripada ‘patient zero’ di negara tersebut.
Doktor berkenaan dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal pada 26 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.
Selain itu, mangsa juga dikenalpasti sebagai pesakit positif Covid-19 kedua yang meninggal dunia di negara tersebut. Setakat ini, Uzbekistan mengesahkan 104 kes jangkitan Covid-19 malah turut melaksanakan perintah berkurung.