Bapa Sampai Urut Dada, Lelaki ‘Debat’ Pertikai Kompaun Ditahan “Boleh Rileks Tak?”

Tatkala umat Islam lain sedang menyambut Aidiladha dalam suasana sederhana, tak semena-mena tular inslden seorang lelaki yang ‘berdebat’ dengan beberapa anggota polis semalam. Menerusi video berdurasi 15:42 minit yang dirakam sendiri, pemuda itu didatangi pihak berkuasa ketika mengisi petrol kereta di Petaling Jaya.

Enggan pakai face mask, dakwa baca kajian keburukannya…pertikai tugas polis lepas dikompaun

Selain terus terang menolak vaksln, lelaki terbabit juga enggan memakai pelitup muka sambil mendkwa sudah baca kajian tentang keburukannya. Namun begitu, dia tetap dikenakan k0mpaun kerana lngkar terhadap pematuhan SOP. Sambil merakam video tersebut, individu berkenaan bagaimanapun terus mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat sewaktu berada di dalam kereta.

Pihak polis datang rumah…ditahan kerana halang penjawat awam bertugas

Susulan itu, beberapa polis hadir ke kediamannya malam tadi bagi siasatan lanjut berhubung kesalahan menghalang penjawat awam bertugas. Meskipun telah dijelaskan dengan baik, lelaki tersebut sekali lagi dilihat membuat pr0v0kasi dengan meminta pengenalan diri salah seorang pegawai polis yang arahkannya untuk buka grill pintu rumah.

Bapa makan ubat ᴊᴀɴᴛᴜɴɢ & urut ᴅᴀᴅᴀ, “Jangan letak papa dalam situasi macam ni..” (minit 2:30)

Pada awalnya, ibu lelaki berkenaan kelihatan cemas selepas melihat kehadiran pihak polis. Tidak lama kemudian, bapanya pula muncul sambil mengurut ᴅᴀᴅᴀ dan merayu kepada anaknya supaya bagi kerjasama kepada mereka. Selepas kedua-duanya sudah ditenangkan dan masuk ke rumah, barulah sspek keluar dari rumah dan ditahan di IPD Petaling Jaya.

SUMBER: FB Oh My Media, Twitter H_Bakkaniy & Kosmo Online